2 Disember 2016 - 16:01
Trump Lantik 'Anjing Gila' Sebagai Ketua Pentagon.

Bakal Presiden A.S, Donald Trump mengumumkan bahawa Jeneral Bersara James Mattis akan berkhidmat sebagai Setiausaha Pertahanan di dalam kabinet beliau.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Bakal Presiden A.S, Donald Trump mengumumkan bahawa Jeneral Bersara James Mattis akan berkhidmat sebagai Setiausaha Pertahanan di dalam kabinet beliau. Mattis dikenali sebagai figur yang lantang mengkritik perjanjian nuklear Iran yang termeterai semasa pentadbiran Obama.

"Kita akan melantik 'Anjing Gila' Mattis sebagai Setiausaha Pertahanan. Akan tetapi kami tidak akan mengumumkannya sehingga hari Isnin nanti. Jadi jangan beritahu sesiapa," kata Trump di dalam sebuah perhimpunan di Cincinnati pada hari Khamis semalam.

"Mereka kata, dia adalah personaliti yang paling mirip dengan Jeneral Patton yang ada di antara kita. Saya rasa masanya sudah tiba," tambah beliau.

Mattis yang berusia 66 tahun berkhidmat lebih daripada 4 dekad di dalam tentera marin A.S. Jeneral 4 bintang yang sudah bersara itu juga dikenali sebagai 'Anjing Gila' dan 'Pahlawan Sami'. Beliau pernah terlibat di dalam beberapa operasi kententeraan yang penting di Afghanistan dan Iraq.

Seperti juga Trump , Mattis adalah pengkritik keras perjanjian nuklear Iran yang dicapai di antara Tehran, 5 ahli tetap Majlis Keselamatan PBB dan juga Persekutuan Jerman. Menurut perjanjian itu, Tehran bersetuju untuk memberikan limitasi ke atas beberapa aspek program nuklearnya dengan syarat segala bentuk sekatan ke atasnya ditarik balik.